LOST IN THE DARKNESS

My photo
EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON. ACCEPT THE FACTS. MOVE ON, NO MATTER WHAT HAPPEN.

Deep Inside of The Heart

August 26, 2011

Puasa nak habis dah? T_T

assalamualaikum...sidang pembaca belog sekalian..dah lama tak update blog ni...actually, kalau update pun, sape nak baca kan? haha...so diri sendiri je lah yang baca... okay, bila cerita pasal puasa sekarang ni, semua dah terbayang2 nak raya...semua manusia especially umat Islam bergembira sebab puasa tinggal 4 hari je lagi... lepas tu dah bebas..dah merdeka... sidang pembaca sekalian, dan ingatlah bahawa, orang yang benar-benar beriman kepada Allah SWT adalah orang yang sedih, berdukacita apabila bulan Ramadhan hampir ke penghujungnya...ini kerana, adakah sempat atau tidak untuk menyambut Ramadhan ini lagi pada tahun yang akan datang? mungkin ya..dan mungkin juga tidak... sebab, jodoh, pertemuan, ajal dan maut hanyalah ketentuan Allah SWT... dan ingatlah sidang pembaca sekalian, dalam kesibukan untuk menyambut ketibaan Syawal ini, janganlah dilupa pula pada ibadah yang penting di bulan  Ramadhan ini iaitu solat terawih.. moga-moga kita semua dilimpahi rahmat oleh Allah SWT....InsyaAllah..Aminnn... =)
Jadi, Aku cintakan bulan Ramadhan.. :')

nak cerita pula, ketibaan syawal kali ini diserikan pula dengan sambutan kemerdekaan...eh, apa pun, aku pentingkan Raya...sebab raya Aidilfitri merupakan kemenangan bagi setiap umat Islam...merdeka? boleh letak tepi kejap...haha..nanti ada pulak yang kata, aku tak sayang negara laa...pengkhianat laa...apa laa..bla bla bla...
ok, apa erti merdeka? merdeka ialah bebas daripada dibelenggu oleh penjajah.. 
apa pula erti Hari Raya Aidilfitri?  hari raya ialah hari kemenangan bagi setiap umat Islam.
ok, sebabkan kita sambut Raya kebetulan dengan merdeka yang ke 54, so aku nak share sikit apa yang aku dah dengar waktu khutbah Jumaat tadi... mimbar berkata : seseorang umat Islam yang benar-benar merdeka dan menang adalah mereka yang bebas dan berjaya daripada dibelenggu oleh hawa nafsu. kenyataan di sini jelas menerangkan bahawa, umat Islam yang bersungguh-sungguh untuk mematuhi perintah Allah di bulan Ramadhan ini [iaitu mereka yang berpuasa bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, tapi menahan diri daripada hawa nafsu dan perkara yang boleh membatalkan puasa] yang akan berjaya dan bebas daripada dibelenggu oleh hawa nafsu...bukan sekadar negara kita yang merdeka, dan berjaya untuk bebas daripada dibelenggu oleh penjajah, malah diri kita juga merdeka daripada hawa nafsu.. jadi renung-renungkanlah wahai sidang pembaca sekalian..saya disini hanyalah untuk berkongsi pendapat...jikalau ada kesalahan dan kesilapan, harap dapat diperbetulkan.. =)

*yang buruk datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.. dan yang baik itu adalah dari Allah SWT...
Aquluqaulihazawaastaghfirullahalazimliwalakum, wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.. ^_^


No comments:

Post a Comment

Map

Locations of Site Visitors